Jangan risau tentang proses pendaftaran syarikat yang merumitkan. Kami sedia membantu menguruskannya dengan teliti dan terperinci. Tumpukan tenaga anda untuk memperkasakan jenama dan merealisasikan visi perniagaan anda
Mengikut kelulusan dari SSM
Pasukan kami akan menguruskan pendaftaran untuk anda dengan cepat, murah dan efisyen.
Kami akan pastikan segala keperluan anda dipenuhi
Pilih nama syarikat, isi maklumat pendaftaran dan bayar yuran pendaftaran
Proses kelulusan SSM
(pedaftaran segera dalam 3-5 hari bekerja)
Terima pengesahan bahawa proses pendaftaran untuk SDN BHD telah selesai.
Maksudnya disini, pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal.
Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat. Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.
Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar
Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing
Ratusan pelanggan daripada pelbagai peringkat dan sektor telah meletakkan kepercayaan kepada kami, membolehkan mereka membina empayar perniagaan yang kukuh dan berdaya tahan.