Belum failkan cukai bertahun-tahun
Enterprise atau Sdn Bhd yang tak pernah hantar borang. Kami kumpul semula rekod dan failkan tahun tertunggak.
Kami susun semula rekod kewangan, failkan cukai yang tertunggak dan uruskan pematuhan SSM dan e-Invoice anda. Anda fokus berniaga.
Kalau salah satu ini kena pada bisnes anda, mesej kami. Lagi awal disusun, lagi kecil kos dan penaltinya.
Enterprise atau Sdn Bhd yang tak pernah hantar borang. Kami kumpul semula rekod dan failkan tahun tertunggak.
Tunggakan cukai yang tak diselesaikan boleh menyebabkan nama disenaraikan. Kami bantu selesai dan mohon tarik balik sekatan.
Penyata kewangan beraudit dan penyerahan SSM yang lewat. Kami sediakan akaun dan selaraskan dengan juruaudit panel.
Sijil Pematuhan Cukai (TCC) perlukan rekod cukai yang bersih. Kami bereskan dulu, kemudian bantu permohonan.
Pendaftaran MyInvois, pilihan sistem dan cara keluarkan e-Invoice yang betul supaya tak tersalah lapor.
Duit peribadi dan bisnes bercampur, resit hilang. Kami susun lejar bulanan supaya anda tahu kedudukan sebenar.
Sebagai firma setiausaha syarikat, kami bantu dari carian nama di SSM hingga syarikat anda bersedia berniaga, termasuk pematuhan selepas diperbadankan.
Kami cadang dan semak ketersediaan nama syarikat di SSM. Sediakan dua atau tiga pilihan nama.
Hari 1–2Maklumat pengarah dan pemegang saham, alamat berdaftar, modal berbayar dan aktiviti perniagaan disusun mengikut Akta Syarikat 2016.
Anda hantar salinan ICPermohonan dihantar. Bila lulus, anda terima notis pendaftaran syarikat dan perlembagaan jika diperlukan.
Kami failkanSetiausaha syarikat berlesen dilantik dalam 30 hari. Kami sediakan resolusi untuk buka akaun bank dan urusan awal.
Wajib di bawah aktaDaftar fail cukai syarikat di LHDN, MyInvois untuk e-Invoice, serta KWSP dan PERKESO bila ada pekerja.
Pematuhan awalTak pasti perlu Sdn Bhd atau cukup dengan Enterprise? Bandingkan cukai kedua-duanya dalam kalkulator.
Masukkan pendapatan dan pelepasan. Keputusan dikemas kini serta-merta, termasuk pecahan ikut banjaran cukai.
Gaji kasar termasuk bonus & elaun. Untuk Enterprise, masukkan untung bersih selepas tolak belanja perniagaan.
Untung selepas pelarasan cukai (tambah balik belanja tak boleh tolak, tolak elaun modal).
Untung yang sama, dikira dua cara. Perbandingan kasar ini hanya ambil kira pelepasan diri RM9,000 untuk Enterprise.
Sdn Bhd ada kos lain seperti audit tahunan dan setiausaha syarikat. Bincang dengan kami sebelum tukar struktur.
Ia bermula dengan satu borang yang tak dihantar, kemudian membesar setiap tahun. Ini urutan yang kami selalu jumpa pada pelanggan baharu.
Sibuk berniaga, rekod tak lengkap, fikir boleh buat tahun depan.
LHDN keluarkan taksiran sendiri, selalunya lebih tinggi dari cukai sebenar, berserta penalti.
Tunggakan boleh bawa kepada sekatan perjalanan, dan tiada TCC untuk masuk tender.
Pegawai minta dokumen dalam tempoh singkat. Resit hilang jadi masalah besar.
Rekod disusun, borang difailkan, rundingan dibuat. Bisnes kembali bergerak dengan tenang.
Masih ada masa. Selesaikan tunggakan dan susun rekod sebelum surat LHDN atau SSM sampai. Inilah fasa paling murah untuk bertindak.
Saya nak bertindak awalKami semak notis, kira jumlah sebenar, dan bantu rundingan atau ansuran supaya kos tambahan dapat dikurangkan.
Saya perlu bantuan segeraJangan abaikan saman. Kami bantu susun rekod dan dokumen yang diperlukan, dan rujuk kepada panel profesional berlesen bila perlu.
Saya perlukan rundinganCeritakan situasi anda. Kami kenal pasti apa yang tertunggak dan dokumen yang perlu.
Penyata bank, resit, invois. Gambar dari telefon pun boleh, kami susun.
Akaun disediakan, cukai dikira, borang difailkan. Anda dapat salinan semuanya.
Peringatan tarikh akhir dan semakan bulanan supaya masalah tak berulang.
Ya. Pemilik Enterprise perlu failkan Borang B setiap tahun walaupun untung kecil atau rugi. Sdn Bhd pula wajib failkan Borang e-C dan sediakan akaun beraudit tanpa mengira saiz.
Boleh. Kami mulakan dengan penyata bank dan rekod jualan, kemudian bina semula akaun sebaik mungkin. Lebih lengkap dokumen, lebih tepat cukai yang dikira.
Tahun-tahun yang tertunggak boleh difailkan secara susulan. Kami nilai satu per satu dan cadangkan urutan terbaik supaya penalti dapat dikawal.
e-Invoice dilaksanakan berperingkat ikut jumlah jualan tahunan. Kami bantu semak sama ada bisnes anda sudah tertakluk, daftar MyInvois dan pilih cara keluarkan invois yang sesuai.
Jika nama diluluskan dan dokumen lengkap, pemerbadanan biasanya siap dalam beberapa hari bekerja. Kelewatan selalunya berpunca daripada nama yang ditolak atau dokumen yang tidak lengkap.
Boleh. Akta Syarikat 2016 membenarkan satu orang menjadi pengarah dan pemegang saham tunggal, asalkan pengarah itu bermastautin di Malaysia. Anda tetap perlu melantik setiausaha syarikat berlesen.
Ia memberi anggaran berdasarkan kadar Tahun Taksiran 2025 untuk individu pemastautin dan syarikat. Jumlah sebenar bergantung pada pelarasan cukai dan dokumen sokongan, jadi hubungi kami untuk semakan penuh.
Semakan awal adalah percuma. Mesej kami dan kami balas dalam waktu pejabat.